25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu stoking: Tunku Mahkota Ismail ucap syabas pada Mainj, polis

    Shopee Sale

    Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan syabas kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Polis Diraja Malaysia atas tindakan yang telah diambil berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular, baru-baru ini.

    “Syabas. Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor sudah mengambil tindakan,” menurut hantaran di laman Facebook Pemangku Sultan Johor semalam.

    Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid, memaklumkan bahawa tindakan tegas dan hukuman yang seadilnya hendaklah dikenakan ke atas mereka yang bertanggungjawab mencemarkan kemuliaan nama Allah, tambahan lagi ia berlaku pada bulan Ramadan yang mulia.

    “Saya akan memastikan segala kekuatan perundangan berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 juga Perlembagaan Persekutuan serta Enakmen dan undang-undang yang berkuat kuasa ketika ini dapat dikuatkuasakan bagi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan yang sewajarnya,” katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Johor CP M Kumar dalam kenyataan berasingan berkata pihak polis telah merampas lima pasang stoking tertera kalimah Allah dalam satu serbuan dan pemeriksaan menyeluruh di sebuah kilang di Taman Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat.

    MENARIK:  Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu antara meningkat ketara

    Beliau berkata kilang itu mendakwa stoking berkenaan telah diimport dari China dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 298A/505(B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

    “PDRM Johor menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah