29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu permit masuk, dakwah jalanan jadi tumpuan Dewan Rakyat

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Status terkini reformasi permit masuk ke Malaysia serta pendirian kerajaan terhadap aktiviti dakwah di ruang terbuka antara isu utama yang bakal menghangatkan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Menurut Aturan Urusan Mesyuarat menerusi portal Parlimen, isu-isu tersebut akan diajukan oleh ahli parlimen semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

    Manndzri Nasib (BN-Tenggara) dijadual meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri mengenai status terkini reformasi permit masuk negara. Beliau mahu tahu sekiranya terdapat semakan semula dasar serta prosedur permohonan bagi memastikan pengurusan permohonan lebih efisien dan teratur.

    Shahidan Kasim (PN-Arau)

    Pada sesi yang sama, Shahidan Kasim (PN-Arau) meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) berhubung aktiviti seperti ‘Street Dakwah’.

    Shahidan mahu penjelasan mengenai program advokasi di ruang awam yang tidak mengganggu ketenteraman itu, selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

    Dalam pada itu, bagi sesi soal jawab lisan, Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) akan membangkitkan persoalan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026. Beliau ingin tahu sama ada program tersebut memberi impak ekonomi secara langsung kepada penduduk di Pulau Langkawi.

    Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi)

    Isu teknologi turut mendapat tempat apabila Tan Kok Wai (PH-Cheras) meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menjelaskan penilaian kerajaan terhadap kedudukan Malaysia dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI) di peringkat Asean dan global.

    MENARIK:  Jenayah seksual di Terengganu meningkat enam bulan pertama 2025

    Tan juga ingin mengetahui strategi khusus untuk menarik pelaburan AI bernilai tinggi yang melibatkan penciptaan teknologi, pemindahan kepakaran, serta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi buat rakyat tempatan.

    Isu kereta terbiar

    Sementara itu, Azli Yusof (PH-Shah Alam) mahu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah kerajaan dalam menggubal undang-undang kecil atau peraturan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) bertindak terhadap kenderaan terbiar di kawasan kediaman berstrata.

    Wong Chen (PH-Subang)

    Wong Chen (PH-Subang) pula bakal mengajukan soalan kepada Menteri Pengangkutan berhubung cadangan pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) sebagai hab penerbangan.

    Beliau turut menyentuh mengenai kerangka dasar, pelan mitigasi bunyi, serta mekanisme pemantauan bagi memastikan pematuhan perintah berkurung pada jam 10 malam di kawasan tersebut.

    Persidangan Dewan Rakyat kemudian akan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2025) untuk bacaan kali kedua.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah