Presiden Iran Masoud Pezeshkian berkata pada Selasa bahawa negaranya mempunyai "keinginan yang diperlukan" untuk menamatkan peranang yang sedang berlaku dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS), namun menuntut jaminan agar konflik itu tidak berulang.
Kenyataan Pezeshkian dibuat selepas sehari serangan hebat ke atas Iran dan susulan amaran keras daripada Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC).
"Kami memiliki keinginan yang diperlukan untuk menamatkan konflik ini, dengan syarat syarat-syarat penting dipenuhi, terutamanya jaminan yang diperlukan bagi mengelakkan pengulangan pencerobohan," kata Pezeshkian dalam perbualan telefon dengan Presiden Majlis Eropah, António Costa menurut kenyataan daripada pejabatnya, sekali gus mengulangi tuntutan utama Tehran.

Tehran sebelum ini menuntut satu mekanisme bagi menjamin Israel dan AS tidak kembali menyerang sebagai cadangan balas terhadap pelan 15 perkara oleh AS minggu lalu untuk menamatkan peranang.
18 syarikat teknologi AS jadi sasaran
Sebelum ini, IRGC memberi amaran akan bertindak balas terhadap syarikat teknologi AS seperti Google, Meta dan Apple jika lebih ramai pemimpin Iran dibunuh.
IRGC turut mendakwa 18 syarikat, termasuk Intel, Tesla dan firma analitik Palantir, terbabit dalam pembunuhan sebelum ini dan memberi amaran bahawa mereka perlu menjangkakan kemusnahan unit berkaitan sebagai balasan bagi setiap pembunuhan di negara itu.
Sementara itu, AFP melapokan Costa dalam satu hantaran media sosial selepas panggilan itu berkata bahawa "situasi semasa di Asia Barat sangat berbahaya" dan menggesa Iran untuk meredakan ketegangan.
"Untuk meredakan keadaan, saya menggesa Iran menghentikan serangan yang tidak boleh diterima terhadap negara-negara di rantau ini dan terlibat secara positif dalam saluran diplomatik, terutamanya dengan PBB bagi memastikan kebebasan navigasi di Selat Hormuz," tulisnya X.
Komen Pezeshkian itu muncul pada hari yang sama Setiausaha Pertahanan AS Pete Hegseth berkata bahawa hari-hari mendatang dalam peranang Iran akan menjadi "penentu", sambil enggan menolak kemungkinan tentera darat AS memainkan perananan dalam konflik tersebut.
"Hari-hari akan datang adalah penentu. Iran tahu perkara itu, dan hampir tiada apa yang boleh mereka lakukan dari segi ketenteraan mengenainya," kata Hegseth.
Kukuh tapi enggan beri komen
Ketua Pentagon itu berkata rundingan untuk menamatkan peranang menunjukkan kemajuan walaupun kempen ketenteraan AS-Israel yang melebihi sebulan terhadap republik Islam itu berterusan.

"Ia sangat nyata. Ia sedang berlangsung, aktif, dan saya fikir, semakin mengukuh," kata Hegseth mengenai rundingan tersebut.
Namun apabila ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan penyokong Presiden Donald Trump tentang kemungkinan penggunaan tentera darat di Iran, Hegseth enggan memberikan komitmen.
"Kamu tidak boleh berjuang dan memenangi peperanangan jika kamu beritahu pihak lawan apa yang kamu sanggup lakukan, atau apa yang kamu tidak sanggup lakukan, termasuk penglibatan tentera di darat," katanya.
Kenyataan Hegseth mengenai status rundingan damai itu menyamai kenyataan dari White House pada Isnin yang menyebut rundingan damai dengan Iran sedang berlangsung dan berkembang baik, malah apa yang dinyatakan Tehran secara terbuka berbeza dengan apa yang diberitahu kepada pegawai AS dalam mesyuarat tertutup.
"Di sebalik semua gaya penampilan awam yang anda dengar daripada rejim dan laporan palsu, rundingan diteruskan dan berjalan lancar.

“Apa yang diperkatakan secara terbuka, sudah tentu, jauh berbeza daripada apa yang disampaikan kepada kami secara peribadi," kata Setiausaha Akhbar White House Karoline Leavitt dalam satu taklimat.
Trump lepaskan geram
Sementara itu, awal Selasa lalu Trump meluahkan kekecewaannya terhadap sekutu yang enggan membantu AS membuka semula Selat Hormuz yang dikawal Iran secara paksa, dengan menyatakan bahawa negara-negara yang marah dengan harga bahan api yang tinggi sepatutnya "pergi dapatkan minyak kamu sendiri."
“Kamu perlu mula belajar bagaimana untuk berjuang untuk diri sendiri, AS tidak akan berada di sana untuk membantu kamu lagi, sama seperti kamu tidak berada di sana untuk kami.
“Iran, pada dasarnya, telah musnah. Bahagian yang sukar sudah selesai. Pergi dapatkan minyak kamu sendiri,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.

Komen Trump itu muncul pada hari yang sama harga petrol di AS melonjak melepasi purata AS$4 buat kali pertama sejak 2022 ketika harga bahan api terus melambung tinggi di seluruh dunia.





