24.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ini tempeleng maut buat Azmin’

    Shopee Sale

    Keputusan Adun Selat Klang Abdul Rashid Asari menyokong Menteri Besar Selangor Amirudin Shari disifatkan sebagai "tempeleng maut" buat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Mohamed Azmin Ali.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata Rashid melakukan "kamikaze" (serangan bunuh diri) dengan membuktikan dia tidak takut pada pindaan perlembagaan parti itu.

    "Jika benar ada lima lagi Adun akan ikut jejak Rashi bermakna Azmin Ali tidak solid di Selangor. Dia bukan poster boy Bersatu di Selangor.

    "Rashid melakukan kamikaze kerana Bersatu baru pinda perlembagaan parti. 

    “Dia tidak takut pada pindaan. Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam," katanya dalam hantaran di Facebooknya.

    Puad Zarkashi

    Semalam Abdul Rashid menyatakan sokongan kepada kepimpinan Amirudin.

    Katanya, keputusan itu dibuat setelah dia meneliti ucapan Sultan Selangor yang memuji pentadbiran kerajaan negeri. 

    Dia juga mendakwa Perikatan Nasional (PN) Selangor berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada raja-raja Melayu.

    MENARIK:  Kertas siasatan anggota polis pukul pemuda di Banting diserah ke AGC

    Bersatu pada 2 Mac lalu meminda perlembagaan parti dalam usaha menghalang wakil rakyatnya berpaling tadah.

    Sementara itu, Mohd Puad berkata, Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai.

    "Bersatu akan berhadapan dengan krisis perlembagaan parti jika pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh ROS. 

    "Azmin kata, rakyat penat tengok gelagat MP dan Adun Bersatu alih sokongan. 

    “Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan 'Langkah Sheraton' dan kini 'Langkah Dubai'," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah