35.1 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imigresen siasat secara telus dakwaan petugas di kaunter biadab

    Shopee Sale

    Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh berhubung dakwaan petugas di bahagian kaunter jabatan itu bersikap biadap terhadap dua wanita dipercayai warganegara India seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.

    Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata beliau mengambil maklum berhubung perkara itu dan telah mengarahkan siasatan dibuat.

    "Kita akan ambil keterangan pegawai yang diadukan, pegawai lain dan orang awam yang berada di bahagian berkenaan semasa kejadian. Ini bagi memberikan keadilan kepada semua pihak," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

    Beliau berkata setiap anggota dan pegawai yang bertugas di bahagian kaunter perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.

    "Setiap pegawai imigresen dilatih sebelum masuk perkhidmatan dan wajib menjalani kursus selama empat bulan sebelum bertugas dalam jabatan, dalam tempoh bertugas juga, mereka perlu hadir kursus lain.

    MENARIK:  Ku Li saran Umno fikir semula kedudukan dalam kerajaan

    "Saya selalu beritahu pegawai-pegawai apabila berada di kaunter yang pentingnya kena ada kemahiran berkomunikasi agar salah faham dengan pelanggan dapat dielakkan," katanya.

    Terdahulu, tular satu rakaman video di TikTok memaparkan seorang wanita yang mendakwa pegawai imigresen di Bahagian Visa, Pas dan Permit di Pejabat Imigresen Putrajaya mengherdik dua wanita dipercayai warga India dalam kejadian pada 15 Ogos lepas.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah