30.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    IGP: Polis pengiring VVIP jangan bertindak di luar undang-undang

    Shopee Sale

    Dua pendakwaan di mahkamah melibatkan anggota polis baru-baru ini mencemarkan reputasi pasukan, tegas Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

    Dia memberi peringatan kepada anggotanya yang bertugas sebagai pengiring VVIP supaya tidak bertindak di luar batas undang-undang.

    Razarudin dipetik NST memberi jaminan kepada orang ramai bahawa anggota polis tidak akan menerima layanan istimewa.

    "Jika anggota polis kita melanggar undang-undang, kita akan mengambil tindakan segera," katanya.

    Razarudin menjelaskan terdapat bukti polis tidak kebal undang-undang kerana terdapat banyak tangkapan sebelum ini melibatkan anggota pasukan yang kemudian didakwa di mahkamah.

    Isnin lalu, seorang anggota polis pengiring kepada Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengaku bersalah atas kesalahan menyerang pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong.

    MENARIK:  Bekas pegawai kanan Jabatan KM Melaka direman lima hari

    Anggota polis tersebut, Muhammad Taufik Ismail, dijatuhi hukuman denda RM1,000 atas kesalahan mencederakan pemandu berusia 47 tahun yang mengalami masalah pendengaran itu.

    Semalam pula, seorang anggota polis, Mohd Fouzi Md Nur, bersama kerabat diraja Pahang, Tengku Eddie Akasya, serta tiga yang lain, dituduh menyerang pekerja pembinaan jalan, Alias Awang.

    Merujuk dua kes tersebut, Razarudin berkata tindakan sedemikian telah mencemarkan reputasi keseluruhan pasukan polis.

    "Anggota kita dalam pasukan mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka.

    "Saya sudah katakan sebelum ini, dan akan katakan lagi... masa untuk amaran sudah berlalu.

    "Jika anda melanggar undang-undang, anda akan berdepan dengan akibatnya," tegasnya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah