Perhimpunan anti-kerajaan yang dinamakan "Selamatkan Malaysia 2.0" akan diadakan di tiga lokasi.
Ia akan bermula di kawasan kerusi Parlimen Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Tambun pada 27 Julai, dan dilanjutkan di Permatang Pauh pada 31 Ogos dan kemudiannya berakhir pada 16 September di ibu negara.
Pengerusi Sekretariat Gerakan Selamatkan Malaysia Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tarikh penting berkenaan dipilih untuk melambangkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan khususnya mengenai isu-isu berkaitan pentadbiran Anwar.
31 Ogos adalah Hari Kemerdekaan Malaysia dan 16 September pula adalah Hari Malaysia.

”Sejak Himpunan Selamatkan Malaysia 1.0 pada 16 September 2023 sehingga hari ini, kehidupan rakyat tidak bertambah baik, malah bertambah teruk.
“Rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang yang melampau dan kos sara hidup yang melambung tinggi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.





