27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Himpunan Ahad ini platform terbaik kukuh solidariti bersama Gaza – Abim

    Shopee Sale

    Himpunan Pembebasan Palestin Ahad ini akan menjadi platform terbaik untuk Malaysia memberi isyarat jelas kepada masyarakat antarabangsa mengenai sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan penduduk di Gaza.

    Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata himpunan yang bakal berlangsung di Arena Axiata itu juga akan menjadi simbol ketegasan dan rasa amat marah rakyat negara ini yang mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh.

    “Ayuh seluruh rakyat Malaysia bersama-sama hadir ke Arena Axiata dengan berpakaian serba putih, bawa semangat untuk Palestin, semoga sokongan ini menjadi pemangkin semangat kepada mereka di sana bahawa ada masyarakat dunia yang cakna dan mendoakan mereka,” katanya dalam program Malaysia Petang Ini yang disiarkan di saluran Bernama TV semalam.

    Beliau berkata perhimpunan yang menyaksikan ABIM berperananan sebagai antara penganjur utama itu akan bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan tazkirah sebelum disusuli pidato oleh pimpinan negara serta kemuncaknya ialah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    “Pada hari itu juga kita menjemput tokoh pimpinan daripada agama Buddha, Kristian dan Hindu untuk sama-sama kita nyatakan bahawa krisis di Palestin ini bukan lagi tentang agama sebaliknya isu kemanusiaan, kita bersama tanpa mengira warna kulit, kaum mahupun agama,” katanya.

    MENARIK:  Protes anti-Trump kedua berakhir tanpa sebarang insiden

    Ahmad Fahmi turut memberi jaminan keselamatan kepada peserta yang hadir ke perhimpunan itu.

    “Ini satu perhimpunan aman, kita sudah koordinasi dengan kementerian berkaitan juga pihak polis untuk aspek keselamatan, di pihak peserta pula kita harap jangan cetuskan sebarang provokasi atau membawa sebarang senjata mahupun alatan berbahaya,” katanya sambil memaklumkan perhimpunan itu dijangka selesai selewat-lewatnya pada 11 malam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah