28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Had tempoh PM lonjakan reformasi, tak jejas kuasa raja – Bersih

    Shopee Sale

    Pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun merupakan lonjakan reformasi institusi dan tidak menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau Majlis Raja-raja Melayu.

    Pengerusi Bersih Muhammad Faisal Abdul Aziz menjelaskan bahawa cadangan melalui RUU Pindaan Perlembagaan itu bertujuan menghalang pemusatan kuasa eksekutif untuk tempoh yang terlalu lama.

    "Ia tidak bertujuan sama sekali untuk menjejaskan kuasa YDPA (Agong)," katanya.

    Menurut Faisal, pindaan terhadap Perkara 43 tidak boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan kuasa Raja-raja kerana ia tidak tergolong dalam peruntukan khas bawah Perkara 159 (5) yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.

    Isu ini timbul susulan dakwaan pihak pembangkang yang mempersoalkan kesahan pindaan tersebut dari sudut perlembagaan. 

    MENARIK:  Malaysiakini lapor polis berhubung pengalihan dana RM3 juta

    Sebelum ini, Bersih selaku badan pemantau pilihan raya menggesa ahli parlimen menyokong penuh pindaan tersebut bagi memperkukuh demokrasi negara.

    Dokumen hidup

    Sementara itu, menulis di media sosial, Faisal menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah "dokumen hidup" yang berkembang mengikut peredaran zaman berdasarkan Perkara 159 (1).

    Faisal turut mengingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong sendiri menzahirkan sokongan terhadap usaha mengehadkan tempoh jawatan tersebut dalam ucapan rasmi di Parlimen.

    "Titah Diraja YDPA dalam Pembukaan Parlimen bertarikh 19 Januari 2026 menitahkan dengan jelas sokongan Baginda untuk menghadkan tempoh jawatan PM kepada 10 tahun. 

    “Titah ini menjelaskan tiada isu percanggahan pindaan ini dengan kuasa YDPA," tambah Faisal lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah