28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GRS tegas sokong kerajaan Madani, kata Hajiji

    Shopee Sale

    Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menegaskan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, susulan pelbagai tuntutan negeri itu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sudah diluluskan dan direalisasikan.

    Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Hajiji Noor berkata sokongan itu adalah wajar kerana Kerajaan Madani memberi komitmen terhadap kepentingan Sabah dan rakyatnya.

    "Saya ingin menyatakan sekali lagi bahawa GRS tetap menyokong Perdana Menteri. Banyak inisiatif dan tuntutan kita dalam MA63 telah diluluskan oleh Perdana Menteri.

    "Sebelum ini amat sukar untuk menurunkan kuasa atau meluluskan permintaan kita. Kalau Kerajaan Madani ini baik untuk negeri kita, mengapa kita tidak sokong?" katanya.

    MENARIK:  Ibu Zayn Rayyan disabit bersalah abai anak

    Hajiji yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan seterusnya menangguhkan Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu, malam tadi.

    Dia berkata keputusan GRS untuk beralih sokongan kepada Kerajaan Madani turut dipengaruhi oleh pendirian kerajaan terdahulu yang didakwa tidak menggemari istilah ‘Blok Borneo’.

    "Saya terkejut dengan kenyataan itu...lama saya berfikir dan akhirnya tawar hati. Selepas meneliti pelbagai aspek, saya putuskan untuk menyokong Kerajaan Madani," katanya.

    Sementara itu, Hajiji memaklumkan dia akan menyertai Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-13 di Jakarta bermula hari ini, yang antara lain akan membincangkan isu berkaitan Laut Sulawesi.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah