27.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gempa: Jalan, jambatan JKR di Segamat masih selamat

    Shopee Sale

    Jalan Persekutuan dan negeri serta jambatan di daerah Segamat yang berada di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) masih selamat untuk dilalui pengguna jalan raya.

    JKR Segamat menerusi hantaran di Facebook memaklumkan pemantauan dan pemeriksaan aset tersebut dilakukan susulan gempa bumi pada 7.29 pagi tadi.

    “Aset jalan dan jambatan milik JKR di dalam zon utara daerah Segamat masih selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," menurut hantaran itu.

    Jabatan itu turut memaklumkan bahawa pihak konsesi dan pasukan inspektorat JKR melaksanakan pemantauan dari semasa ke semasa bagi meninjau jika terdapat kerosakan pada aset tersebut.

    MENARIK:  ULASAN | Derita ‘3 serangkai’ buat peniaga

    "Pihak konsesi telah bersiap siaga bagi melaksanakan kerja kecemasan jika berlaku seperti penutupan (melibatkan) pelan pengurusan trafik (TMP), pembersihan dan lain-lain kerosakan aset," menurut hantaran itu.

    Menurut JKR perincian kerosakan dan anggaran kos juga akan dimaklumkan selepas pemantauan dilakukan.

    Sebanyak lima gegaran telah direkodkan di Segamat iaitu terbaharu pada 7.29 pagi tadi dengan 2.7 skala Richter; 4.24 pagi semalam (3.4); 7.56 malam, Khamis (2.5); 8.59 pagi, Rabu (3.2); dan 6.13 pagi, 24 Ogos dengan 4.1.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah