25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Exco: Pindaan garis panduan pemutihan tahfiz S’gor di peringkat akhir

    Shopee Sale

    Cadangan pindaan dalam garis panduan pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor telah sampai ke peringkat akhir penelitian, menurut Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Mohammad Fahmi Ngah.

    Fahmi berkata, garis panduan baru itu bagi memastikan peratusan pemutihan lebih tinggi bagi menjamin keselesaan dan keselamatan pelajar dan pada masa sama tidak terlalu "menekan" pengusaha sekolah.

    “Pelaksanaan dasar ini bagi memastikan peratusan pemutihan lebih tinggi dan pembinaan sekolah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

    “Ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelajar dan tidak membebankan para pengusaha (sekolah),” kata Fahmi dalam sidang DUN Selangor, hari ini.

    Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Sementa, Noor Najhan Mohamad Salleh yang meminta tempoh pemutihan - yang sebelum ini dilanjutkan sehingga akhir tahun ini - dilanjutkan lagi sehingga 2025.

    Bagaimanapun Fahmi berkata dengan pindaan garis panduan yang akan dilakukan, tiada keperluan untuk melanjutkannya.

    “Perbincangan sedang berlangsung dan akan dimuktamadkan pada penghujung bulan ini. Jika keluar garis panduan baru, mungkin tidak perlu kita memanjangkan tempoh (sedia ada) tersebut,” katanya, sambil menambah sebanyak 15 peratus daripada 533 sekolah agama persendirian telah melepasi proses pemutihan berdasarkan garis panduan sebelum ini.

    MENARIK:  Loke tetapkan masa berundur, sasar reformasi lebih berani untuk DAP

    Mengulas lanjut, Fahmi berkata antara penambahan yang dicadangkan dalam garis panduan baru itu adalah Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT) untuk institusi dengan pematuhan beberapa syarat minimum.

    “Kita akan gunakan garis panduan kedua untuk menambah peratusan sekolah-sekolah yang pastinya lebih selesa dan selamat kepada para pelajar di negeri Selangor,” katanya lagi.

    Pemutihan sekolah agama persendirian di Selangor adalah untuk memastikan bangunan sekolah dibina mematuhi syarat yang ditetapkan PBT bagi mengelakkan tragedi Pusat Tahfiz darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur pada 2017 berulang.

    Dalam tragedi yang berlaku pada 14 September 2017 itu, seramai 21 pelajar dan dua guru maut selepas terperanangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz berkenaan yang terbakar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah