27.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DUN Selangor: Kedudukan kerusi Adun Selat Klang didiubah

    Shopee Sale

    Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini menyaksikan perubahan tempat duduk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari daripada blok pembangkang.

    Speaker DUN Selangor Lau Weng San berkata untuk sementara waktu, Abdul Rashid ditempatkan di antara blok pembangkang dan blok kerajaan mengambil kira statusnya yang tidak mempunyai keanggotaan dalam mana-mana parti ketika ini.

    Abdul Rashid Asari

    "Ini (kedudukan kerusi) juga dilakukan dengan mengambil kira kekananan beliau sebagai Adun penggal kedua dan juga kekananan beliau yang pernah memegang jawatan dalam kerajaan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri," katanya pada Persidangan DUN Selangor ke-15 yang bermula hari ini.

    Lau membuat keputusan itu selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bangun bagi memohon petua berkenaan perkara itu dalam memastikan keharmonian dan kelancaran sidang dewan.

    MENARIK:  Program DLP: 11 SMJK (C) Pulau Pinang bantah pekeliling KPM

    Sebelum ini, Abdul Rashid telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

    Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor telah menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Lau berikutan keguguran keahlian Abdul Rashid sebagai ahli Bersatu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah