32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua lelaki didakwa seludup migran Myanmar

    Shopee Sale

    Dua lelaki termasuk seorang etnik Rohingya didakwa di Mahkamah Sesyen Kemaman di Chukai hari ini, atas pertuduhan menyeludup seorang migran warga Myanmar.

    Mohamad Ismail Mohamad Siddik, 32, dan warga tempatan Noor Effendy Yusoh@Zakaria, 41, masing-masing mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

    Tiada pengakuan direkodkan, kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mereka didakwa telah menyeludup seorang migran iaitu lelaki warganegara Myanmar berusia lingkungan 20-an di tepi Kilometer 255.3, Lebuh Raya Pantai Timur 2 Perasing menghala ke Kuala Lumpur pada 11.30 pagi, 24 April.

    MENARIK:  RM400 seekor: Peka tuduh UPM upah sykt bunuh anjing liar

    Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau kedua-duanya.

    Hakim Wan Suhaila Mohd tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 18 Ogos untuk sebutan semula kes.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Hafizudin Manjur Ahmad dan Noradila Abdul Latif, manakala kedua-dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah