31.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dialog PRN Johor diteruskan tanpa Onn Hafiz pada Selasa

    Shopee Sale

    Dialog Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Selasa ini akan diteruskan meskipun Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi difahamkan tidak dapat menghadirinya kerana komitmen lain.

    Program anjuran bersama RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian itu dijadual berlangsung di Auditorium RTM, Jabatan Penyiaran Negeri Johor bermula 8 malam.

    Menurut surat jemputan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Johor, sesi dialog itu akan melibatkan penyertaan kira-kira 200 peserta dari pelbagai jabatan, agensi dan Komuniti MADANI.

    Antara yang dijangka hadir ialah Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dan calon Pakatan Harapan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa Dr Maszlee Malik.

    Sementara itu, seorang pegawai kepada Onn Hafiz ketika dihubungi mengesahkan beliau tidak dijadualkan menghadiri program berkenaan.

    MENARIK:  Polis rampas dadah seberat 6.2 tan bernilai RM1.04 bilion

    “Tidak... dalam atur cara pun, tiada (kehadiran) MB,” katanya ringkas.

    Sebelum ini, RTM, Astro AWANI dan Sinar Harian mengemukakan jemputan rasmi kepada Onn Hafiz dan Maszlee bagi menyertai dialog berkenaan.

    Dialog sejam itu bertujuan memberikan ruang yang adil dan seimbang kepada kedua-dua tokoh untuk berkongsi visi, dasar, keutamaan serta penyelesaian terhadap isu yang menjadi perhatian rakyat Johor.

    PRN Johor kali ini menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding dengan hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai ini manakala undi awal pada 7 Julai.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah