33.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cuaca panas: Beberapa bahagian Taman Tasik Taiping kering

    Shopee Sale

    Beberapa bahagian Taman Tasik Taiping kering akibat cuaca panas dan kekurangan taburan hujan sejak dua minggu lepas.

    Taman berusia 133 tahun itu ialah taman awam pertama di Tanah Melayu dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancong di dalam dan luar negara yang ingin menikmati ketenangan dan kehijauan alam.

    Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim berkata masyarakat tidak perlu bimbang kerana fenomena itu bersifat sementara dan pemantauan berterusan sedang dilakukan pihak Majlis Perbandaran Taiping (MPT).

    “Fenomena seumpama ini telah berlaku beberapa kali sebelum ini dan menyebabkan air tasik serta beberapa alur sungai berdekatan kering.

    "Kesan seumpama ini akan pulih setelah hujan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Terdahulu, tular di media sosial beberapa kawasan tasik yang juga bekas tapak perlombongan bijih timah itu terjejas akibat cuaca panas yang berlaku pada masa ini.

    MENARIK:  Sultan Selangor tak berkenan nama Universiti Putra Malaysia ditukar

    Dalam pada itu, Teh berkata langkah mitigasi bersifat jangka masa panjang sedang dirangka MPT bagi memastikan kesan fenomena itu dapat diminimumkan dan tidak berlarutan dalam tempoh waktu yang lama.

    “Langkah mitigasi ini menekankan kepada cara untuk kita menangani kesan perubahan iklim dan pada masa sama, memastikan Taman Tasik Taiping terus kekal sebagai tarikan pelancongan utama,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah