27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Catuan bekalan elektrik di Sabah dan Labun

    Shopee Sale

    Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) melaksanakan catuan bekalan elektrik berjumlah 128 megawatt (MW) untuk grid elektrik Sabah dan Labuan pada hari ini dan esok berikutan penutupan kecemasan sebuah stesen janakuasa bebas (IPP).

    SESB dalam kenyataan di laman Facebooknya memaklumkan bahawa situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak pada pukul 7 malam tadi iaitu 1,001MW.

    “Margin rizab bekalan elektrik berada pada tahap 0MW. SESB memohon maaf kepada pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan situasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

    Maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikemas kini menerusi pemakluman seterusnya.

    Dalam kenyataan tambahan, SESB memaklumkan 15.5 peratus pengguna terlibat dengan catuan itu pada satu-satu masa dan dijalankan mengikut penggiliran di kawasan terlibat.

    MENARIK:  Pahang siasat dakwaan sewa gerai di Cameron Highlands naik hingga RM7,500

    Kawasan terlibat catuan itu ialah di Kudat, Pitas, Kota Marudu, Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Tenom, Sipitang, Nabawan, Tawau, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Beluran dan Kundasang.

    "Setiap penggiliran catuan akan mengambil masa dua hingga tiga jam, manakala jadual catuan dijalankan antara 2 hingga 4 petang dan 6 hingga 8 malam," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah