33 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bukan mengenai apa kita mahu tapi apa yang perlu dilakukan’

    Shopee Sale

    Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, hari ini berkongsi 'petuanya' dalam membuat keputusan.

    “Kita buat macam-macam keputusan setiap hari, ada keputusan besar, ada keputusan kecil. Petua saya dalam membuat keputusan: Bukan mengenai apa yang kita mahu, tetapi mengenai apa yang perlu dilakukan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

    Rafizi yang meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi selepas tewas dalam pengundian PKR baru-baru ini, masih belum mendedahkan peranancangannya.

    Belum dapat dipastikan apakah hantaran terbaru itu ada kaitan dengan kerjaya politiknya atau sekadar luahan biasa.

    Sebelum ini, ahli parlimen Pandan itu berkata dia akan berkongsi lebih banyak mengenai peranancangannya selepas Hari Raya Aidiladha (7 Jun).

    Dalam satu hantaran di X minggu lalu, Rafizi berkata: “Saya dah rancang apa nak fokus lepas ini, tapi beri masa semua orang bertenang dulu, dengan sambutan Hari Raya Haji dan sebagainya.”

    MENARIK:  Pemimpin GRS tak akan minta maaf pada Tei, sedia ke mahkamah

    “Apa-apa saya kongsi kemudian. Potensi sebenar negara adalah rakyat biasa. Kita perlu kembali bangunkan potensi itu,”

    Dalam pengundian PKR baru-baru ini, Rafizi tewas kepada Nurul Izzah, anak kepada perdana menteri dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

    Langkah Nurul Izzah menyertai persaingan merebut jawatan nombor dua dalam PKR itu menimbulkan dakwaan PKR mengamalkan nepotisme.

    Anwar menafikan dakwaan itu dan menegaskan Nurul Izzah dipilih secara demokrasi oleh ahli parti.

    Nurul Izzah memperoleh 9,803 undi daripada kira-kira 15,000 perwakilan yang mengundi secara fizikal dan dalam talian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah