27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bomba ambil masa 12 jam padam kebakaran belukar di Ayer Keroh

    Shopee Sale

    Bomba mengambil masa hampir 12 jam untuk memadam sepenuhnya kebakaran belukar di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh di Melaka yang merebak sehingga ke kawasan seluas 6.8 hektar petang semalam.

    Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.50 petang, dan 29 anggota dari empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi.

    “Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran belukar dengan anggaran keluasan 1.2 hektar, yang terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit sebelah Kondominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).

    “Jentera dari BBP Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki (152 meter) dari tangki air jentera, dan dibantu jentera balai bomba Tangga Batu,” katanya dalam kenyataan di Melaka hari ini.

    MENARIK:  CSO gesa kerajaan haramkan produk vape, kembalikan pelan GEG

    Mengulas lanjut, Mohd Khairulnizam berkata bagi Kawasan B pengawalan dan pemadaman api dilakukan dari BBP Bukit Katil manakala Kawasan C oleh jentera dari BBP Melaka Tengah.

    “Dalam operasi ini, kita juga mendapat bantuan sumber air daripada pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang membuka pintu tangki air terdekat.

    “Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.28 pagi tadi. Kami mengambil masa yang agak lama untuk mengawal dan memadam kebakaran. Angin kuat, cuaca kering dan panas antara faktor api merebak dengan pantas,” katanya.

    Mohd Khairulnizam berkata tiada mangsa terlibat dalam kebakaran itu dan operasi pemadaman turut dibantu anggota dari agensi lain seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah