25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Bersatu guna taktik pemecatan terancang, saya masih MP Bukit Gantang'

    Shopee Sale

    Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan dia masih ahli parlimen Bukit Gantang dan menyifatkan tindakan Bersatu menggugurkan keahliannya sebagai ‘pemecatan terancang’.

    Ini selepas semalam dia menerima notis dari Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin yang memaklumkan bahawa namanya telah dikeluarkan daripada sistem keahlian parti tersebut.

    "Muslihat parti Bersatu apabila membuat pindaan perlembagaan parti untuk memecat keanggotaan saya, membuat ugutan-ugutan terbuka seperti yang dilakukan oleh pimpinan kanan, serta siri keputusan-keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang mencari ikhtiar menggugurkan keanggotaan saya merupakan satu tindakan yang bersifat ‘constructive dismissal’ (pemecatan terancang).

    "Apabila parti Bersatu menghantar notis rasmi bahawa mereka telah mengeluarkan nama saya dari senarai keahlian Bersatu, ini bermakna mereka telah mengambil tindakan untuk memecat saya.

    "Perkara 49A(2)(c) telah jelas menyatakan bahawa kedudukan saya selaku ahli Dewan Rakyat tidak terhenti apabila parti memecat saya daripada keanggotaan parti setelah nama saya dikeluarkan daripada senarai keahlian," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Istilah ‘pemecatan terancang’ biasanya digunakan untuk merujuk situasi apabila majikan sengaja menyusahkan atau menganiaya pekerja sehingga memaksa pekerja berhenti kerja.

    Mengulas lanjut, Syed Abu Hussin berkata pindaan perlembagaan parti yang sengaja dibuat untuk memecat keahliannya itu mempunyai unsur berniat jahat (mala fide) serta tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan.

    "Keabsahan pindaan perlembagaan Bersatu bersabit kedudukan Ahli Dewan Rakyat adalah tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara, bukan sebaliknya.

    "Dengan itu, pindaan perlembagaan Bersatu itu tidak memberi sebarang kesan kepada kedudukan saya sebagai Ahli Dewan Rakyat," katanya.

    MENARIK:  Jangan biar tanah kita ‘dijajah’ pendatang asing – Sultan Pahang

    Bersatu telah menyerahkan notis keahlian terhenti secara serta-merta kepada enam wakil rakyat yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Hamzah berkata notis berkenaan diserahkan kepada mereka kerana melakukan ketidakpatuhan di bawah Fasal 10.4 perlembagaan Bersatu.

    Katanya, notis itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang bermesyuarat pada 7 Jun lalu dan ia telah dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) yang bermesyuarat pada Selasa.

    Pada 17 Mei lalu, Hamzah memaklumkan Bersatu sudah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen dan Adunnya untuk meminta mereka menyatakan sokongan kepada parti.

    Sekiranya mereka gagal membalas surat yang diberikan itu dalam tempoh 14 hari, keahlian individu itu dalam Bersatu akan terhenti serta-merta dan status sebagai wakil rakyat akan tergugur.

    Selain Syed Abu Hussin, wakil rakyat Bersatu lain yang menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Suhaili Abdul Rahman (Labuan, Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

    Sementara itu, Adun Bersatu pula mengisytiharkan sokongan kepada Menteri Besar Selangor Amiruddin Shaari ialah Abdul Rashid Asari (Selat Klang).

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah