26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beri burung makan di tempat awam – Lima kena kompaun RM250

    Shopee Sale

    Lima individu dikompaun Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kerana sengaja membuang sisa makanan dengan tujuan memberi makan kepada burung merpati di tempat awam, Ahad lepas.

    MBPP dalam kenyataan menerusi Facebook hari ini memaklumkan pihaknya mengambil tindakan tegas penguatkuasaan terhadap mereka mengikut Seksyen 47(1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 yang memperuntukkan kompaun RM250 bagi setiap kesalahan, manakala tindakan mahkamah sekiranya individu terbabit masih ingkar serta pesalah yang tidak membayar kompaun untuk kesalahan itu.

    "Walaupun MBPP telah melaksanakan hebahan dan pendidikan awam, masih terdapat individu tidak mengendahkan nasihat dan sengaja memberi makanan kepada merpati,” menurut kenyataan itu.

    MENARIK:  3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat Nov 2025 - Wong

    MBPP memaklumkan statistik pada bulan lepas menunjukkan 818 ekor merpati telah berjaya ditangkap menerusi operasi kawalan populasi merpati berjadual di seluruh kawasan “hotspot”.

    MBPP melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran pada bulan lepas juga memusnahkan 36 sarang burung gagak.

    “Sebagai langkah preventif berterusan, MBPP telah menyusun atur tindakan pemantauan serta operasi kawalan populasi merpati untuk dilaksanakan setiap hari mengikut lokasi yang telah ditetapkan dalam senarai pemantauan ketat,” menurut kenyataan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah