29.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekas pengasuh Zayn Rayyan bersama dua individu beri keterangan

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengambil keterangan tiga individu termasuk bekas pengasuh kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak itu Disember tahun lepas.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata tindakan memanggil beberapa individu ini ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu bagi melengkapkan siasatan yang dilakukan.

    “Kemungkinan akan panggil individu lain selepas ini, bergantung kepada hasil soal siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Semalam, media melaporkan polis merampas telefon bimbit ibu bapa Zayn Rayyan bagi siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) biasa dalam siasatan.

    MENARIK:  Khir persoal pengkritik kaitkan kisah silam dipenjara

    Terdahulu, Ibu bapa kepada kanak-kanak itu direman tujuh hari bermula 1 hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan itu dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah