29 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bapa disyaki bunuh anak sendiri direman seminggu

    Shopee Sale

    Seorang bapa direman seminggu hingga 7 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian anak lelakinya berusia enam tahun yang mayatnya ditemukan di kawasan Rompin, Jempol dekat Seremban, 28 Julai lepas.

    Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau hari ini.

    “Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama di Seremban hari ini.

    MENARIK:  Wee gesa k'jaan ambil semula pemilikan projek HSR, Bandar Malaysia

    Media sebelum ini melaporkan, lelaki itu membuat laporan polis pada 24 Julai lepas mendakwa anaknya hilang di kawasan Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor.

    Dia pada awalnya mendakwa kanak-kanak itu hilang kira-kira 4 petang, 23 Julai ketika ditinggalkan berseorangan di dalam kereta semasa suspek keluar membeli makanan.

    Mayat kanak-kanak itu kemudian dijumpai ditanam di kawasan Rompin, Jempol, kira-kira 4.30 petang, 28 Julai.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah