28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir memburuk di enam negeri: Lebih 10,000 mangsa di T’ganu

    Shopee Sale

    Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak menunjukkan peningkatan pagi ini, manakala di Kedah, Kelantan dan Perlis merekodkan penurunan.

    Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir terus bertambah kepada 10,399 orang daripada 3,188 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 8,909 orang daripada 2,742 keluarga malam tadi.

    Berdasarkan laman web InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,517 orang daripada 669 keluarga yang berlindung di 27 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Marang dengan 2,005 orang (560 keluarga) di 16 PPS, Kuala Terengganu sejumlah 1,633 orang (603 keluarga) di sembilan PPS dan Kuala Nerus sebanyak 1,633 orang (504 keluarga) di 15 PPS.

    MENARIK:  Peruntukan untuk MP: PN dapat MOU 'pelik sikit' dari kerajaan

    Selain itu, di Setiu sebanyak 1,276 orang daripada 448 keluarga ditempatkan di 30 PPS, Dungun 708 orang (166 keluarga) di 10 PPS, Hulu Terengganu 596 orang (215 keluarga) di 14 PPS, dan Besut 58 orang (22 keluarga) di enam PPS.

    Menurut publicinfobanjir.water.gov.my, paras air sungai di 10 stesen di seluruh negeri itu melebihi paras bahaya antaranya Sungai Nerus di Kampung Bukit (F1), Setiu; Sungai Kemaman di Rumah Paya Paman, Kemaman; Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Paka di Kampung Luit (F2), Dungun dan Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Setiu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah