29.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Balai Seni Negara sedia terima 4 lukisan terkait 1MDB

    Shopee Sale

    Balai Seni Negara sedia menerima empat karya seni antarabangsa dipercayai terkait dengan penyelewengan 1MDB dan sudah berjaya dibawa pulang seperti dimaklumkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

    Balai Seni Negara dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses penyerahan empat lukisan yang dijadualkan diterima minggu hadapan secara berfasa itu dilaksanakan secara teliti bagi memastikan setiap aspek pengendalian dipatuhi dengan sempurna.

    “Persiapan rapi turut melibatkan fasiliti penyimpanan dan pemuliharaan, termasuk ruang konservasi khusus yang dilengkapi sistem kawalan suhu dan kelembapan yang stabil.

    “Langkah ini penting bagi memastikan karya-karya tersebut berada dalam keadaan optimum serta mematuhi piawaian konservasi yang ditetapkan.

    “Aspek keselamatan juga diberikan keutamaan melalui pelaksanaan kawalan yang ketat bagi menjamin setiap karya sentiasa berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya.

    Terdahulu dalam sidang media di Putrajaya, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata agensi antirasuah itu mengenal pasti 12 karya seni yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penyelewengan dana 1MDB untuk dibawa pulang ke Malaysia.

    MENARIK:  1MDB untungkan Malaysia, kata Najib

    Empat daripadanya sudah berjaya diperoleh semula.

    Kata Azam, berkata empat karya seni itu dianggarkan bernilai AS$198,125 (RM786,556) dan akan diserahkan kepada Balai Seni Negara dalam masa terdekat.

    Empat karya berkenaan ialah L’Ecuyère et les clowns (1961) oleh Pablo Picasso, Montmartre (1934) oleh Maurice Utrillo, Etude pour femme couchée (1948) oleh Balthus, dan Composition (1953) oleh Joan Miró.

    Sementara itu, Balai Seni Negara memaklumkan pihaknya kekal komited untuk memastikan keseluruhan proses pengendalian, penyimpanan dan pemuliharaan dilaksanakan mengikut amalan terbaik serta standard konservasi antarabangsa.

    “Usaha ini adalah selaras dengan tanggungjawab institusi dalam memelihara integriti, nilai sejarah dan kepentingan karya-karya berkenaan untuk rujukan generasi akan datang.

    “Balai Seni Negara akan memaklumkan dari semasa ke semasa perkembangan berkaitan peranancangan pameran karya-karya tersebut kepada khalayak umum,” katanya.

    Balai Seni Negara turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada SPRM serta semua pihak yang terlibat atas usaha membawa pulang karya-karya seni tersebut ke tanah air.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah