34.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Awie penerus legasi Ku Li di Nenggiri

    Shopee Sale

    PRK NENGGIRI l Calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani adalah calon yang mempunyai kredibiliti untuk meneruskan legasi bekas ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah di Nenggiri.

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Shamsul Anuar Nasarah, berkata Mohd Azmawi wajar diberi ruang untuk berkhidmat kepada pengundi di DUN Nenggiri.

    "BN mengemukakan calon berwibawa dan Mohd Azmawi tokoh yang mampu melaksana tanggungjawab mewakili orang muda terutamanya dan rakyat di Nenggir dan Gua Musang.

    "Kita harap rakyat beri mandat kepada beliau untuk beliau menyuarakan isu rakyat bukan hanya di Nenggiri tapi seluruh Kelantan.

    "Ini calon terbaik mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki rakyat.

    "Ya (Mohd Azmawi penerus legasi Ku Li) kita harap rakyat menerima, apa kita pilih menepati dan sesuai dengan hasrat pengundi," katanya kepada media.

    Shamsul Anuar berkata demikian selepas menghadiri program bersama Rela di Dewan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), di Gua Musang, hari ini.

    MENARIK:  Suri rumah terlepas hukuman penjara 30 tahun

    PRK DUN Nenggiri diadakan berikutan berlaku kekosongan luar jangka selepas penyandangnya, Mohd Azizi Abu Naim diisytiharkan hilang keahlian Bersatu pada 13 Jun lalu.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 17 Ogos ini, manakala hari mengundi awal yang pada mulanya ditetapkan pada 13 Ogos tidak akan diadakan selepas kesemua 14 pengundi yang terbabit memilih mengundi secara pos.

    Mohd Azmawi bakal dicabar Mohd Rizwadi Ismail yang dipertaruhkan Perikatan Nasional (PN) bagi mempertahankan kerusi berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah