29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Asean, China komited kurangkan halangan perdagangan serantau’

    Shopee Sale

    Asean dan China sedang menumpukan kepada usaha mengurangkan halangan perdagangan antara kedua-dua pihak bagi memastikan aliran dagangan yang lebih lancar dan berkesan di rantau ini, kata Menteri Luar Mohamad Hasan.

    Mohamad berkata perkara itu akan menjadi antara topik utama perbincangan sempena Sidang Kemuncak Asean-China, yang turut menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-China (ACFTA) 3.0.

    "Kita sedang melihat bagaimana untuk menurunkan halangan-halangan perdagangan antara Asean dan China supaya tidak ada pertindihan yang boleh menyukarkan urusan perdagangan," katanya kepada media di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  6,000 pelajar dijangkiti influenza, beberapa sekolah ditutup

    Langkah itu sebahagian daripada usaha Asean dan China untuk memudah cara perdagangan dan pelaburan serantau sekali gus memperkukuh kedudukan rantau ini sebagai blok ekonomi dinamik.

    Dia berkata Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijangka menjelaskan perincian lanjut mengenai mekanisme pemudah cara perdagangan itu pada petang ini.

    Sebelum ini, Anwar menyifatkan ACFTA 3.0 yang bakal dimeterai hari ini sebagai pencapaian penting yang akan membuka lembaran baru dalam kerjasama strategik Asean dengan China serta memperkukuh daya tahan ekonomi serantau secara kolektif.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah