31.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar tiba di Melbourne, lawatan rasmi ke Australia

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne pada Ahad malam untuk memulakan lawatan rasmi sulungnya ke Australia atas jemputan rakan sejawatnya Perdana Menteri Anthony Albanese.

    Pesawat khas yang membawa Anwar yang ditemani isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne Jet Base kira-kira 10.40 malam waktu tempatan atau 7.40 malam waktu Malaysia.

    Semasa lawatannya, Anwar akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Tahunan antara Pemimpin Malaysia-Australia Kedua (ALM) pada 4 Mac dan Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia dari 5 hingga 6 Mac.

    MENARIK:  Skandal Sabah: Pengundi akan beri hukuman pada PRN - Kiandee

    Menurut kenyataan dikeluarkan Wisma Putra, Malaysia dan Australia akan mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan spektrum kerjasama yang luas, disokong oleh rangka kerja Perkongsian Strategik Komprehensif termasuk dalam perdagangan dan pelaburan, pendidikan, ekonomi digutal dan keselamatan siber.

    Sidang Kemuncak Khas Asean-Australia yang diadakan bagi memperingati ulang tahun ke-50 Hubungan Dialog Asean-Australia, dengan Asean dan Australia akan mengkaji semula situasi kerjasama semasa dan membincangkan penambahbaikan kerjasama sedia ada dalam pelbagai bidang termasuk peralihan tenaga, pembangunan modal insan, integrasi ekonomi, kesalinghubungan dan kerjasama maritim.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah