24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar sampaikan sumbangan pada keluarga mangsa pokok tumbang

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada isteri Allahyarham Md Rizal Atan yang maut ditimpa pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail pada 7 Mei lepas.

    Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi yang menziarahi keluarga Allahyarham semalam.

    “Pemergian Allahyarham meninggalkan isteri dan empat orang anaknya berusia 9 hingga 14 tahun yang masih bersekolah.

    “Saudara Farhan sampaikan ucapan takziah bagi pihak saya kepada isteri Allahyarham yang kelihatan tenang dan tabah sepanjang pertemuan, namun pasti hanya Allah mengetahui gejolak dalam jiwanya,” katanya.

    Anwar turut mendoakan agar Allahyarham Md Rizal ditempatkan bersama orang-orang beriman dan urusan keluarganya dipermudah dan diberi kekuatan menempuh dugaan.

    MENARIK:  'Cuti guna jet peribadi' - ada lagikah rahsia gelap, soal Warisan

    Dalam kejadian pada 7 Mei, Md Rizal yang bekerja sebagai pemandu sejak 2018 meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke sebuah hotel untuk menjemput tetamu syarikat majikannya, selepas terlibat dalam insiden pokok tumbang terbabit.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah