31 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar rasa saya perlu tanding timbalan presiden – Rafizi

    Shopee Sale

    Rafizi Ramli mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim dan pemimpin pusat parti itu Saifuddin Nasution Ismail mahu dia mempertahankan jawatan timbalan presiden.

    Rafizi berkata perkara itu dinyatakan selepas dia mengadakan dua kali pertemuan dengan Anwar dan sekali dengan Saifuddin–yang disebut-sebut berpotensi mencabarnya.

    “Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding timbalan presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet.

    “Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir,” katanya. 

    Dedahnya, dalam pertemuan dengan Anwar, dia berkata telah menyatakan kesediaan tidak bertanding jawatan timbalan presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi.

    MENARIK:  AMK: Tuan Ibrahim lupa PAS gagal hapus judi semasa jadi k'jaan?

    Katanya, kebimbangannya berkisar kepada keadaan semasa yang kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan dan tidak menyerang seperti semasa menjadi pembangkang.

    “Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16,” katanya.

    Saifuddin Nasution Ismail

    Rafizi berkata kedudukannya sebagai menteri menyebabkan dia terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkannya bersuara lebih bebas, seperti sebelum ini. 

    “Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen PKR yang dilihat tidak agresif,” katanya,

    Rafizi juga berkata dia telah menyuarakan perkara yang sama kepada Saifuddin dan menyatakan kesediaan untuk memberi laluan.

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah