23.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angkasawan Nasa dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan

    Shopee Sale

    Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) akan dibenarkan membawa telefon pintar terkini dalam misi akan datang ke Bulan, menurut Pentadbir agensi angkasa lepas itu Jared Isaacman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Menurut Isaacman, angkasawan akan membawa telefon pintar bermula dengan misi Crew-12 pada Februari dan Artemis II pada Mac.

    “Kami menyediakan kru kami dengan peralatan untuk merakam detik istimewa buat keluarga mereka serta berkongsi imej dan video yang memberi inspirasi kepada dunia,” katanya dalam satu hantaran di platform media sosial X.

    MENARIK:  Banduan dipenjara lima tahun, satu sebatan liwat rakan sel di Penjara Marang

    Beliau berkata pasukan NASA mencabar “proses yang telah lama diamalkan” dan melayakkan perkakasan moden untuk penerbangan angkasa lepas mengikut “garis masa dipercepatkan”.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah