28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Angka korban di Gaza hampiri 41,600 orang, 52 lagi rakyat Palestin dibunuh

    Shopee Sale

    Lima puluh dua lagi rakyat Palestin maut dalam serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban mencecah 41,586 orang sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah itu pada Sabtu.

    Kenyataan kementerian itu turut menyatakan seramai 96,210 orang lagi telah cedera dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Anadolu.

    “Pasukan Israel membunuh 52 orang dan mencederakan 118 lagi dalam empat pembunuhan beramai-beramai terhadap keluarga dalam tempoh 48 jam lepas,” katanya.

    “Ramai mangsa masih terperanangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka,” katanya lagi.

    Israel meneruskan serangan kejamnya di Semenanjung Gaza walaupun Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengeluarkan resolusi bagi gencatan senjata segera.

    Sekatan berterusan di Gaza telah menyebabkan kekurangan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan yang serius, selain serangan tentera Israel mengakibatkan kebanyakan kawasan itu tinggal dalam bentuk runtuhan.

    MENARIK:  Telegram digesa beri kerjasama tangani rangkaian jenayah

    Israel berdepan tuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan penghentian operasi ketenteraan di bandar selatan Rafah, di mana lebih satu juta rakyat Palestin telah mencari perlindungan sebelum kawasan itu diceroboh pada 6 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah