27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AMK P Pinang lapor MCMC kes ugutan video seks

    Shopee Sale

    Pemuda PKR (AMK) Pulau Pinang membuat laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung ugutan terhadap beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) melalui emel yang menuntut bayaran AS$100,000 jika tidak mahu video yang didakwa memaparkan aksi seks mereka disebarkan.

    Ketua AMK Pulau Pinang Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata laporan itu dibuat pagi tadi.

    "AMK Pulau Pinang memandang serius perkara ini kerana ia merupakan satu bentuk ugutan politik yang jijik dan berniat jahat.

    "MCMC dan polis digesa untuk segera menyiasat serta mengesan dalang atau individu yang terlibat dalam perbuatan ini.

    "Tindakan tegas mesti diambil dengan kadar segera agar ugutan sebegini tidak terus menjadi budaya kotor dalam politik negara," katanya sambil menambah laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat.

    Terdahulu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mendedahkan dia antara sekurang-kurangnya sembilan ahli politik yang menerima ugutan berkaitan video seks.

    Fahmi berkata semakan mendapati ugutan itu dihantar dari alamat e-mel yang sama, dengan kandungan ancaman serta tangkap layar video yang serupa – yang menurutnya dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).

    MENARIK:  Parallel pathway: UiTM harap semua pihak berjiwa besar

    Melalui satu hantaran di X yang kini dipadam, Fahmi berkongsi tangkap layar sebuah video hitam putih yang memaparkan dua lelaki berbaring bersama di atas katil.

    Wajah Fahmi kelihatan disunting ke atas salah seorang daripada lelaki itu.

    Dia kemudian memuat naik semula versi yang telah disunting bagi menutup bahagian tertentu.

    E-mel itu dihantar oleh seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai penyiasat persendirian yang telah mengekori ahli politik berkenaan.

    Mereka yang menerima e-mel tersebut diugut bahawa video itu akan disebarkan sekiranya tidak membayar AS$100,000.

    Menurut Fahmi, ahli politik yang setakat ini menerima ugutan tersebut ialah Rafizi Ramli, Wong Chen, Taufiq Johari, Adam Adli; Najwan Halimi, Fahmi Ngah, Manolan Mohamad; serta Adun Gerakan Wong Chia Zhen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah