30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, June 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun ‘pedo’ lenyap, Mekyun anggap kejayaan bersama

    Shopee Sale

    Sebuah akaun Facebook yang memuat naik gambar kanak-kanak untuk tujuan tidak senonoh telah hilang daripada platform itu selepas ia dilaporkan oleh seorang pempengaruh media sosial dan orang ramai.

    Tindakan kolektif terhadap  “Group budak2 Sekolah Rendah” itu menyebabkan ia diturunkan tidak lama selepas aduan dibuat.

    Pempengaruh terbabit, Wee Yun Nee, atau lebih dikenali sebagai Mekyun, menyifatkan perkara itu sebagai kejayaan bersama.

    “Kita berjaya. Ini adalah bukti mengapa kita mesti bersuara dan bertindak. 

    “Kalau semua diam, benda jijik macam ini akan terus hidup,” katanya dalam hantaran di Threads.

    Wee, 28, berkata dia membuat aduan rasmi kerana isu itu bukan perkara kecil. 

    “Ini tentang keselamatan budak-budak kita, anak-anak kita dan maruah komuniti kita semua,” katanya yang terkenal sebagai orang Cina yang fasih bercakap Kelantan.

    MENARIK:  Denda media RM100,000: Kerajaan boleh hilang sokongan - Kadir

    Mekyun menekankan bahawa aktiviti pedofilia bukan sekadar peranangai pelik, tetapi jenayah serius dan tidak boleh diterima sama sekali.

    “Pedofil sedang bersembunyi di tempat yang jelas. Kita perlu melindungi anak-anak kita. Tiada seorang pun kanak-kanak harus menjadi mangsa perkara sebegini,” katanya.

    Dia juga menyeru masyarakat agar tidak berdiam diri jika melihat insiden serupa atau mengenali individu yang terlibat.

    “Kalau masyarakat nampak atau kenal orang sebegini, jangan diam dan berani bersuara. Lapor terus pada polis.

    “Kita kena bersuara. Kita kena lawan. Lindungi kanak-kanak ini. Lindungi milik anda. Jangan tunggu sehingga terlambat,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah