25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AJK PAS Pusat: Fadhli tertinggi, MB Perlis antara tokoh senior tercicir

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, adalah antara nama besar part yang gagal mendapat undi mencukupi bagi menempatkan diri mereka dalam senarai ahli Jawatankuasa PAS Pusat kali ini.

    Turut tewas ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pusat dan ketua penerangan parti itu, Nasrudin Hassan, dan Pesuruhjaya PAS Perak yang direhatkan, Razman Zakaria.

    Berada di kedudukan teratas daripada 15 pemenang ialah Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang memperoleh 1,096 undi daripada 1,220 jumlah keseluruhan perwakilan.

    Tempat kedua pula ialah Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor yang mengumpul 1,062 undi, diikuti bekas Naib Canselor UUM yang kini menjadi exco Kedah, Haim Hilman Abdullah (1,028 undi).

    MENARIK:  Media India selar Anwar, dakwa dia tidak layak jadi ‘orang tengah’

    Turut menjadi pilihan perwakilan PAS kali ini ialah bekas pemimpin kanan Umno, Shahidan Kassim, yang mengumpul 717 undi. Bekas menteri pusat dan Menteri Besar Perlis itu menyertai PAS pada Jun 2023.

    Untuk rekod pada Jun lalu Mohd Shukri turut gagal dalam pengundian parti di peringkat kawasan Arau. Dia kalah kepada penyandang, Solahudin Azmi.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah