23.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 23, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Afrika Selatan kesal AS usir duta

    Shopee Sale

    GLOBAL | Pejabat Presiden Afrika Selatan menyatakan kekesalan terhadap pengusiran Duta Afrika Selatan ke Amerika Syarikat (AS), Ebrahim Rasool, lapor Xinhua.

    Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Pejabat Presiden memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum pengusiran itu dan menggesa semua pihak berkepentingan yang terlibat untuk mengekalkan adab diplomasi dalam menangani perkara itu.

    "Afrika Selatan kekal komited untuk membina hubungan yang saling memanfaatkan dengan Amerika Syarikat," menurut kenyataan itu.

    Setiausaha Negara AS Marco Rubio pada Jumaat mengisytiharkan Rasool sebagai "persona non grata" menerusi platform media sosial X, susulan ucapan duta besar itu sebelum ini yang mengkritik Presiden AS Donald Trump.

    MENARIK:  Letak jawatan? Anwar jawab 'uuu...'

    Dalam ucapannya, Rasool mendakwa Trump "mengetuai satu gerakan keagungan kulit putih global" serta bertindak melanggar norma dan amalan diplomasi yang telah lama terjalin.

    Trump menandatangani perintah eksekutif pada Februari untuk memotong bantuan kewangan kepada Afrika Selatan, dengan alasan tidak bersetuju dengan dasar tanah negara itu dan mendakwa Kerajaan Afrika Selatan "merampas tanah pertanian milik kaum minoriti Afrikaner".

    Tindakan itu juga dibuat susulan Afrika Selatan memfailkan kes genosid terhadap sekutu AS, Israel, di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah