26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut

    Shopee Sale

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap Nor Zamri Latiff dari parti PAS menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) di Bukit Mertajam kerana mengalami keradangan dalam perut.

    Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff yang juga Adun Sungai Dua berkata beliau dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.

    "Saya dimaklumkan beliau mengalami sakit perut dan telah ke Hospital Sungai Bakap dua hari lepas namun dibawa ke HSJ pada hari yang sama untuk rawatan lanjut.

    "Nor Zamri ketika ini menerima rawatan di ICU dan ditidurkan, saya difahamkan ketika ini masih belum boleh melawat dan mendapatkan maklumat keadaan kesihatan beliau dari ahli keluarganya dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

    MENARIK:  DAP mahu Meta tutup akaun palsu 'calon PRK' Kuala Kubu Bharu

    Nor Zambri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Klik:

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah