30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    8 sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM

    Shopee Sale

    Sebanyak lapan sekolah di tiga daerah di Terengganu dikenal pasti berisiko terjejas akibat banjir ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Terengganu Jelani Sulong.

    Katanya empat daripada sekolah itu terletak di Kemaman iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam dan SMK Bukit Mentok.

    Selain itu, kata Jelani, sekolah lain yang berdepan risiko ialah SMK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Berang dan Sekolah Menengah Agama Mahmudiah di Hulu Terengganu.

    "Di Kuala Nerus, pusat peperiksaan SPM yang berisiko ialah di SMK Padang Kemunting," katanya ketika dihubungi hari ini.

    MENARIK:  Venezuela hadapi ancaman susulan kehadiran tentera laut AS - Maduro

    Jelani berkata sebanyak 18,907 calon di Terengganu akan menduduki SPM bermula 2 Dis tahun ini hingga 6 Feb tahun depan.

    Menurutnya JPN Terengganu telah menyediakan pelan alternatif untuk memastikan calon di pusat peperiksaan berisiko itu tetap dapat menduduki peperiksaan mengikut jadual.

    "JPN Terengganu telah menyediakan pelan untuk pemindahan calon SPM ke sekolah berdekatan sekiranya berlaku banjir.

    “Langkah berjaga-jaga juga diambil sekiranya bangunan sekolah atau laluan ke sekolah dinaiki air ketika peperiksaan," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah