25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    63 mangsa banjir masih di dua PPS di Kelantan, Johor

    Shopee Sale

    Sebanyak 63 mangsa banjir masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan dan Johor setakat 8 pagi ini.

    Di KELANTAN, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan 36 mangsa banjir di Pasir Mas masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh, Rantau Panjang, kekal seperti semalam.

    Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras waspada, iaitu 7.70 meter.

    Di JOHOR pula, jumlah mangsa banjir kekal 27 orang seperti semalam.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa banjir itu ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Perpat di Kota Tinggi.

    MENARIK:  Ali Rustam angkat sumpah sebagai TYT Melaka bagi penggal kedua

    "Selain itu, keadaan cuaca di kesemua 10 daerah dijangka cerah pada pagi ini," katanya menerusi kenyataan hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah