33.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    6 warga M’sia ditahan di Kemboja, disyaki cuba seludup ganja ke UK

    Shopee Sale

    Enam rakyat Malaysia ditahan oleh pegawai antinarkotik Kemboja selepas disyaki cuba menyeludup hampir 62 kilogram ganja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh ke United Kingdom (UK).

    Akhbar The Phnom Penh Post pada Rabu melaporkan bahawa kesemua suspek ditahan pada 16 Julai oleh Jabatan Antidadah Kemboja dengan kerjasama pihak kastam dan pihak berkuasa lapangan terbang.

    Menurut jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Mahkamah Wilayah Phnom Penh, bahan terlarang itu dijumpai tersembunyi dalam empat bagasi dan mereka dipercayai merancang untuk berlepas ke London menerusi Hong Kong.

    MENARIK:  Selaman awal pagi membuahkan kehampaan

    “Selepas meneliti dokumen kes, pihak pendakwa raya telah mendakwa enam suspek terbabit atas kesalahan menyeludup ganja di terminal berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh,” kata jurucakap itu seperti dilaporkan media.

    Mereka akan didakwa di bawah Artikel 40 Akta Kawalan Dadah Kemboja.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah