25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    5 pelajar lempar kata-kata kesat pada Zara Qairina hanya diberi amaran

    Shopee Sale

    Mahkamah Koroner di Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa lima pelajar yang kali terakhir berjumpa dengan Zara Qairina Mahathir dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya hanya diberikan amaran lisan oleh pihak sekolah serta dirujuk kepada Guru Bimbingan Kaunseling (GBK).

    Setiausaha Unit Disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Muliati Alihuddin, 42, berkata kesemua pelajar berkenaan tidak dikenakan mata penalti kerana kes kematian Zara Qairina masih dalam siasatan polis dan kini di peringkat prosiding mahkamah.

    Saksi ke-56 itu berkata demikian ketika disoal peguam Shahlan Jufri, yang mewakili ibu Zara Qairina dalam prosiding inkues kematian pelajar berkenaan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

    Muliati turut mengesahkan bahawa pada September lepas, pihak sekolah menerima aduan satu lagi kes buli membabitkan seorang pelajar lelaki yang dikatakan ditampar dan ditendang dan susulan aduan itu, dua pelajar lelaki telah digantung selama seminggu dan kemudian dirujuk kepada GBK.

    Kes Zara tiada sentuhan

    Beliau menjelaskan bahawa hukuman sedemikian (gantung sekolah) dikenakan kerana kes tersebut melibatkan ‘touch’ iaitu sentuhan fizikal, manakala kes membabitkan lima pelajar itu tidak melibatkan sebarang sentuhan.

    MENARIK:  16,000 kg daging segar dijual pada program 'Mantai Rayo'

    Saksi itu turut mengakui bahawa lima pelajar berkenaan telah melanggar peraturan sekolah kerana mengadakan perjumpaan tanpa kebenaran serta mengeluarkan kata-kata kesat.

    Ketika membacakan pernyataan saksinya, Muliati memaklumkan kepada mahkamah bahawa keluarga Zara Qairina enggan menjalankan bezah siasat ke atas jenazah pelajar itu kerana mahu menyegerakan pengebumian pada malam yang sama dan perbualan itu didengarinya ketika berada di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lepas.

    “Saya dan seorang lagi cikgu mendengar, ibunya telah menghubungi perkhidmatan van jenazah,” katanya sambil menambah, beliau hanya mengenali Zara Qairina ketika mengendalikan kes gangguan seksual yang dilaporkan palajar itu, Mac lepas.

    Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4 pagi 16 Julai.

    Prosiding inkues bersambung esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah