26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    32 orang cedera kejadian letupan di kilang kimia Klang

    Shopee Sale

    Polis mengesahkan sebanyak 32 individu tercedera dalam kejadian letupan di kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula di Taman Perindustrian Kapar Indah, Klang petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata individu yang tercedera berusia antara 20 hingga 40 tahun dan berada di sekitar lokasi terbabit semasa letupan berlaku.

    "Kesemua mereka yang merupakan warga tempatan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang dengan tiada kecederaan serius dilaporkan.

    "Mereka juga telah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

    MENARIK:  JPS beri amaran banjir, 30 kampung di Pasir Puteh dijangka terjejas

    Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian petang ini mendapati pihak polis dan bomba serta petugas daripada Pejabat Kesihatan Klang berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

    Terdahulu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor Nor Aziah Jaafar dilaporkan berkata elemen kecuaian dan pelanggaran syarat lesen antara yang akan disiasat dalam kejadian itu.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan pula dilaporkan berkata siasatan awal pihaknya mendapati letupan terbabit berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah