28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    15 lokasi longgokan sampah dikesan sepanjang Sg Merbok

    Shopee Sale

    Sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab menyebabkan berlakunya kira-kira 15 kawasan longgokan sampah haram di sekitar hutan paya bakau, sepanjang jajaran Sungai Merbok, dekat Sungai Petani.

    Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya berkata tindakan  itu bukan sahaja mencemarkan alam sekitar tetapi juga boleh menjejaskan ekosistem kawasan tersebut selain mengancam hidupan laut yang menjadi punca rezeki kepada nelayan-nelayan kecil.

    “Kebanyakan sampah ini merupakan sisa dari kegunaan harian termasuklah plastik dan sebagainya...dan perkara ini sudah berlarutan sejak sekian lama...lebih 50 tahun dahulu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi pembuangan sampah secara haram di pesisir Sungai Merbok dekat Sungai Petani hari ini.

    Mengulas lanjut, beliau berkata langkah memberi kesedaran kepada masyarakat sekitar telah dilaksanakan sebelum ini agar tiada lagi aktiviti pembuangan sampah dilakukan di situ namun perkara tersebut masih berlaku.

    Menurut Abdul Gafar terdapat puluhan spesis bakau di sepanjang sungai tersebut yang berpotensi menjadi tarikan pelancong dan masyarakat seharusnya sedar tindakan membuang sampah boleh merosakkan pemandangan.

    MENARIK:  Polis sahkan kematian tahanan kes curi motosikal

    Beliau berkata kawasan terbabit tidak termasuk dalam kawasan penyelenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihaknya akan mengenal pasti langkah sesuai untuk menguruskan isu berkenaan.

    Abdul Gafar berkata satu pertemuan akan diadakan bersama pemimpin setempat serta menganjurkan program kesedaran bersama masyarakat dalam tempoh terdekat sebagai satu daripada langkah menghijaukan semula kawasan itu.

    “Tabiat yang berlarutan sejak sekian lama ini perlu diubah...sampah yang tidak diurus dengan baik bukan hanya mencemarkan alam tetapi juga mengundang kepada pelbagai masalah lain.

    “Tahun 2025 merupakan Tahun Melawat Kedah...satu kerugian jika sikap membuang sampah merata-rata seperti ini belum diubah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah