26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zehra Zambri Enggan Penuhi Permintaan Suami Minta Gugurkan Empat Tuntutan Cerai – ‘Kalau Saya Ikut Ibarat Kemenangan Untuk Dia’

    Shopee Sale



    Penyanyi, Zehra Zambri tidak bersetuju dengan permintaan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin yang meminta dia menggugurkan empat tuntutan dalam permohonan cerai yang difailkan jika ingin dilepaskan.

    Tak setuju

    Zehra, 38, berkata, dia berkeras untuk meneruskan lima tuntutan yang dibuat demi membela dirinya sebagai isteri dan ibu kepada puteri tunggal mereka, Zahiyah Iqleela.

    Dia (Iqwan) ada meletakkan syarat di mana beberapa tuntutan cerai yang saya failkan diminta untuk dipinda, terutamanya berkenaan nafkah.

    Pada saya, isu nafkah adalah perkara utama yang sebenarnya saya nak bercerai.

    Pihak saya tidak bersetuju kalau pihak sebelah sana letakkan syarat perceraian dan akan melepaskan saya jika gugurkan apa yang saya telah failkan.

    Pihak saya tidak terima sebab saya ada justifikasi dan sebab-sebab saya selama ini di mana dia culas menjalankan tanggungjawab.

    Kalau saya ikut permintaan dia, ibarat satu kemenangan buat dia. Kenapa saya harus mengalah setelah hampir berbulan-bulan saya bawa kes ini untuk diselesaikan?

    Zehra berkata demikian sejurus prosiding pelantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi, pada Rabu.

    Pun begitu, wakil JKP mewakili Iqwan tidak dapat menghadirkan diri disebabkan mempunyai urusan kecemasan. Susulan itu, mahkamah menetapkan 14 Mei sebagai tarikh baharu untuk Iqwan melantik wakil JKP.

    MENARIK:  Alyah Dilantik Sebagai Duta, Kebanyakan Nama Hebat Di Luar Sana

    Diminta mengulas mengenai tindakan Iqwan yang terpaksa menangguh proses lafaz cerai, Zehra akur dengan perkara itu memandangkan dirinya juga kini berada dalam keadaan tidak suci.

    Katanya lagi, dia terus berdoa agar pintu hati suami dibuka seluas-luasnya supaya melepaskannya dengan rela hati.

    Tidak apalah jika ini aturan Allah untuk saya supaya masih lagi perlu berjuang untuk dapatkan hak saya. Mahu lepaskan saya pun sukar begini.

    Saya kena harungilah dan sentiasa berdoa agar Allah permudahkan dan bukakan hati dia untuk ada sedikit rasa simpati kepada saya yang nak besarkan anak ini dengan baik dan mental yang sihat.

    Tapi hari ini lafaz memang tidak dapat dilakukan kerana saya dalam keadaan tidak suci.

    Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 11 November 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

    Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

    Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah