28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zarina Anjoulie Mahu Bongkar Sisi Gelap Dunia Artis? – ‘Semua Dah Start Goyang, Masing-Masing Takut Nama Kena Petik’ 

    Shopee Sale

    Pelakon, Zarina Anjoulie meluahkan rasa geram terhadap seorang individu yang juga pelakon senior didakwa membuat laporan terhadap dirinya di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

    Artikel Berkaitan: Zarina Anjoulie Disiasat MCMC, Anggap Kontroversi ‘Hot Daddy’ Jadi Pengajaran – ‘Telefon Saya Dah Kena Ambil’

    ‘Kau cakap aku memalukan?’

    Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau mesra disapa Anju, 38, berkata, rentetan daripada sikap individu itu, dia bersedia untuk mendedahkan sisi gelap dunia hiburan kepada khalayak umum.

    Memandangkan kes MCMC saya sudah selesai, sekarang untuk mak cik artis yang sendu yang lapor saya. Kau sabar kejap, kau cakap aku memalukan artis?

    Dalam hantaran sama, Anju memberitahu orang ramai akan terkejut sekiranya mengetahui pendedahan yang akan dibuat selain menyifatkan industri seni penuh hipokrit.

    Korang nak tahu tak berlambak-lambak benda artis-artis sekai ini buat benda yang lebih memalukan yang korang tak tahu. Biar aku dedah satu-satu, sesiapa perlu sedikit pendedahan? Aku penat dengan industri penuh hipokrit.

    Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Anju mendakwa ada beberapa selebriti sudah mula risau jika nama mereka disebut.

    Artis-artis gampang ini semua dah start goyang. Masing-masing stalk aku takut nama diorang kena petik.

    Fasal mak cik artis sendu ini report aku semua aku nak petik. Siapa suruh kacau aku musibat. Aku lah manusia paling tak kacau orang.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Tips Memilih Sabun Badan Mengikut Jenis Kulit

    The post Zarina Anjoulie Mahu Bongkar Sisi Gelap Dunia Artis? – ‘Semua Dah Start Goyang, Masing-Masing Takut Nama Kena Petik’  first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah