31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Elisya Sandha ‘Prank’ Tok Sidang Jinggo Nak Pinjam Duit, Minta RM10,000 Dapat RM20,000

    Shopee Sale

    Sepotong video memaparkan pelakon Elisya Sandha mengusik atau ‘prank’ bapa mentuanya, Jinggo mencuri perhatian dan mencuit hati wargamaya.

    Artikel Berkaitan: Elisya Sandha Galakkan Uzair Haqimy Amalkan Eat Clean, Bimbang Berat Suami Hampir Cecah 100KG

    Prank pinjam duit

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Inayah Beauty, Elisya, 26, dilihat berseloroh meminta untuk meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada Jinggo atas alasan tertentu.

    Namun apa yang mencuri perhatian, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya tanpa berfikir panjang terus bersetuju untuk membantu menantunya.

    Lebih menghiburkan, Elisya kemudian cuba mengusik lagi dengan menaikkan jumlah pinjaman kepada RM20,000, namun Jinggo tetap menunjukkan kesediaan untuk menolong.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gelagat mereka selain memuji sikap Jinggo yang dilihat sangat pemurah dan tidak berkira terhadap menantunya.

    MENARIK:  Hampir 15,000 Penonton Hadir Ke Konsert Jiwa Malaysia, YB Adam Adli Pun Turun Padang!

    Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada Jinggo dan Sheila Rusly.

    Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada Ogos 2021 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Sumber: TikTok

    The post Elisya Sandha ‘Prank’ Tok Sidang Jinggo Nak Pinjam Duit, Minta RM10,000 Dapat RM20,000 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah