33.9 C
Kuala Lumpur
Monday, September 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Wanita Tekad Berhenti Kerja, Boss Larang Untuk Solat – ‘Rupanya Semua Staff Melayu Tak Solat Di Sini’

    Shopee Sale



    Seorang individu meluahkan rasa kesal dengan pengalaman bekerja di sebuah syarikat sehingga nekad untuk berhenti kerja demi kebaikan diri sendiri. 

    Boss tak bagi solat

    Sekadar gambar hiasan

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), wanita yang dikenali sebagai Wawa itu memaklumkan bahawa dia tidak dibenarkan untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim di tempat kerjanya.

    Ujarnya, dia menumpang solat di kedai runcit yang terletak bersebelahan pejabatnya. 

    Saya berhenti kerja sebab tak boleh solat. Bos Cina. 

    Biasanya waktu lunch pergi tumpang solat di kedai runcit sebelah. Bila kedai runcit itu tutup, saya terpaksa solat di dalam stor. 

    Bos nampak dari cctv, dia bagi amaran. 

    Rupanya selama ini semua kakitangan melayu yang kerja situ, tidak solat. 

    Bagaimanapun, wanita terbabit memaklumkan bahawa dia menerima tawaran kerja yang lebih baik selepas nekad untuk berhenti kerja di syarikat lama. 

    MENARIK:  Suami Beyonce Nafi Rogol Remaja 13 Tahun – ‘Pertuduhan Itu Sangat Keji’

    Keputusan yang bijak

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan wanita itu yang mengutamakan kewajipan sebagai seorang muslim. Selain itu, warganet turut berkongsi pengalaman apabila dilarang solat di tempat kerja. 

    Komen itu ditulis menerusi Instagram Hot FM yang memuat naik hantaran ‘Alasan Paling Gila Anda, Kenapa Berhenti Kerja?’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah