Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus memberi penjelasan mengenai tindakan isteri yang keluar tanpa izin akibat dipukul suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Berkhatan Untuk Kanak-Kanak Autisme
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Hukum Mandi Wajib Tapi Rambut Berminyak
Isteri dipukul & tak diberi nafkah
Menerusi perkongsian di Youtube, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan hukum seorang isteri yang lari dari rumah dengan sebab tertentu adalah tidak berdosa.
Menurut Ustaz Azhar Idrus, antara sebab yang dibolehkan untuk seorang isteri keluar dari rumah antaranya adalah tidak diberi makan atau dicederakan.
Orang perempuan boleh lari dari rumah tapi mengikut kes.
Antara kes yang dibenarkan adalah tidak diberi makan, dipukul dan diugut untuk dikenakan kemudaratan.
Contoh suami nak kenakan penyakit kepada isteri.
Asalnya isteri memang kena minta izin untuk keluar rumah tapi kalau lari daripada sebab tertentu, tak wajib minta izin.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar Idrus sempat menitipkan pesanan agar wanita berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.
Kalau dicederakan, pergi lari di tempat yang selamat. Nanti suami dah sembuh, kembalilah.
Hati-hati nak bernikah.
Sekarang ini banyak tipu daya.
Sumber: Youtube @UstazAzharIdrusOfficial
The post [VIDEO] Ustaz Azhar Idrus Perjelas Situasi Yang Dibenarkan Untuk Isteri Lari Dari Rumah first appeared on OHBULAN!.





