
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menjelaskan hukum membeli baju untuk mendapatkan hadiah adakah dibenarkan atau tidak dalam Islam.
Berjudi atau tidak?
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di Youtube, UAI menjelaskan bahawa judi apabila individu itu membeli tiket untuk mendapatkan hadiah tersebut.
Berjudi maksudnya kita tak beli barangan tapi kita beli tiket.
Contoh, tiket harga RM30. Dengan pembelian tiket itu, individu terbabit layak masuk cabutan bertuah.
Dia tidak dapat apa-apa faedah melainkan sekeping tiket.
Maka, kalau dia kalah, dia rugi. Itu adalah judi.
Bagaimanapun, tambah pendakwah bebas berusia 60 tahun itu, jika individu terbabit membeli barangan seperti barang dapur dan berpeluang untuk memenangi hadiah misteri maka ianya tidak tergolong dalam judi.





