
Hantaran usahawan terkenal Kak KM meraih perhatian netizen apabila melihat sisi suaminya, Razman Ramli yang memberi layanan istimewa seperti tuan puteri.
Princess treatment
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli dilihat menghadiri rumah terbuka dengan berbusana baju kurung lengkap berwarna merah hati.
Difahamkan, Kak KM mengalami kekejangan otot akibat daripada memakai kasut tumit tinggi terlalu lama.
Nasib baik ada suami.
Apa yang meraih perhatian apabila kasut yang dipakai Kak KM itu dibuka oleh suaminya yang membuatkan kebanyakan warganet cemburu dengan layanan ‘princess treatment’ yang diterima.
Hormat suami




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Kak KM sebagai isteri yang beruntung dengan memiliki suami yang penyayang. Selain itu, warganet turut memuji pengasas produk kecantikan itu yang menghormati suami sebagai ketua keluarga.





